Mahathir disiasat atas dakwaan memfitnah

KUALA LUMPUR: Polis Malaysia sedang melakukan siasatan terhadap mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamed kerana didakwa memfitnah Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kiriman blognya.

Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata beberapa laporan polis telah dibuat sejak beberapa hari lalu mengenai kiriman tersebut, lapor Malaysian Insider.

"Kami telah memulakan siasatan bagi kesalahan memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," kata Tan Sri Khalid yang ditukil portal berita itu.

Laman berita The Star Online juga menukil beliau sebagai berkata:

"Kami akan merujuk siasatan tersebut kepada Peguam Negara jika terdapat kes."

Kesalahan tersebut mengenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda, atau kededuanya sekali.

Dalam kiriman blognya pada 5 Februari lalu, Dr Mahathir mengecam Tan Sri Apandi di atas keputusannya tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak dengan menyatakan pendakwa utama negara itu tidak mempunyai kewibawaan.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.