KUALA LUMPUR: Malaysia akan membatalkan rancangan membangunkan Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) antara Kuala Lumpur (KL) dengan Singapura, menurut Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Ia merupakan satu keputusan muktamad tetapi ia akan mengambil masa kerana kita mempunyai perjanjian dengan Singapura. Kita perlu menguruskannya dengan kos paling sedikit,'' kata Dr Mahathir, dalam satu sidang akhbar petang semalam yang ditukil The Straits Times (ST).