Mahbubani: Pemerintah harus kendali sistem pengangkutan awam Singapura

PENSWASTAAN sistem pengangkutan awam Singapura harus dihentikan dan ia sebaliknya harus dikendalikan oleh pemerintah, kata seorang ahli akademik terkemuka.

Profesor Kishore Mahbubani, Dekan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew, berkata masalah pengangkutan awam di Singapura adalah hasil penswastaan rangkaian bas, kereta api dan teksi.

Singapura tidak harus "kekal menjadi tawanan pandangan lama ekonomi," kata beliau semasa bercakap dalam Forum Dasar Ekonomi Singapura anjuran Persatuan Ekonomi Singapura pada Khamis (29 Okt).

Syarikat swasta dinilai berdasarkan keputusan suku tahun dan mempunyai kurang insentif untuk mengeluarkan perbelanjaan bagi penyenggaraan jangka panjang, katanya.

Ini salah satu daripada tiga cabaran utama yang, menurut Profesor Mahbubani, dihadapi Singapura dalam dekad-dekad mendatang.

Satu lagi cabaran melibatkan mengharungi "persaingan geopolitik terbesar dalam sejarah manusia" antara Amerika Syarikat dan China.

"Negara paling terdedah kepada persaingan AS-China ialah Singapura," katanya, sambil berkata Republik ini mempunyai hubungan ekonomi dan budaya yang rapat dengan kedua-dua kuasa besar itu.

Profesor Mahbubani juga berkata pakatan ekonomi Asean mempunyai kepentingan strategik genting bagi penakatan jangka panjang Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 51
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.