Mahkamah diberitahu Gereja City Harvest 'beri pinjaman haram'

Gereja City Harvest (CHC) mungkin telah memberi pinjaman haram bernilai jutaan dolar pada kadar faedah tinggi, menurut bekas pengurusnya, Chew Eng Han.

Ini didedahkan pada Khamis (19 Nov), apabila hakim menjelaskan mengapa beliau membenarkan Chew membela diri berhubung tuntutan sivil $21 juta yang diambil terhadap syarikat pelaburannya oleh gereja itu.

Chew juga terlibat dalam satu perbicaraan jenayah berasingan.

Dia bersama lima pemimpin gereja itu, termasuk pengasasnya, Kong Hee, didapati bersalah pada September menyalah guna sekitar $50 juta dana gereja.

Mereka dijadual dihukum pada Jumaat (20 November).

Chew, 55 tahun, yang meninggalkan CHC pada Jun 2013 selepas 17 tahun, disaman oleh gereja itu sebanyak $21 juta, wang yang dibayar dalam empat tranche (bahagian), dalam pelaburan yang tidak dipulangkan. Jumlah itu termasuk faedah sebanyak $4.6 juta.

Oktober tahun lalu, CHC memperoleh penghakiman ingkar terhadap syarikat Chew, AMAC Capital Partners, dan secara berasingan menuntut penghakiman tanpa perbicaraan terhadapnya.

Bagaimanapun pada Jun lalu, Chew diberi lampu hijau untuk membela dirinya dengan syarat tuntutan $21 juta itu dibayar kepada CHC terlebih dahulu.

Dia dan AMAC mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Chua Lee Ming dalam penghakiman bagi rayuan itu, yang dikeluarkan pada Khamis, memutuskan Chew boleh membela diri tanpa syarat berkaitan tiga daripada empat tranche itu, yang berjumlah kira-kira $9.5 juta.

Bagi tranche keempat, berjumlah kira-kira $11.5 juta, dia dikehendaki menyediakan jaminan keselamatan sebanyak $1.5 juta untuk membela diri..

AMAC dilantik sebagai pengurus pelaburan CHC pada 2007. Dua tahun kemudian, beliau didatangi oleh seorang benama Oh Chee Eng yang berharap gereja itu boleh memberi pinjaman wang kepada firmanya, Transcu Group.

Antara Mac 2009 dan pertengahan 2010, gereja itu menyediakan wang dalam 16 tranche untuki dibayar balik dalam tempoh singkat. Dalam kebanyakan kes, jumlahnya sekurang-kurangnya $3 juta. Kadar faedahnya tinggi, misalnya 156 dan 52 peratus setahun.

Kebanyakan wang itu dibayar balik oleh AMAC, kecuali empat tranche itu, selepas Transcu gagal membayar balik.

Peguam Chew, Encik A. Rajandran, berhujah CHC tidak harus dibenarkan menuntut wang tersebut kerana gereja itu sebenarnya melanggar Akta Peminjam Pinjam dengan bertindak sebagai peminjam wang tidak berlesen.

JC Chua bersetuju pinjaman itu tidak ada kaitan dengan kegiatan CHC sebagai sebuah gereja dan tujuannya "semata-mata untuk memperoleh kadar faedah tinggi".

Beliau memutuskan bagi tiga trenche itu, terdapat cukup bukti untuk ia dibicarakan bagi memutuskan apakah CHC telah melanggar peraturan pinjaman wang.

Chew dan AMAC sedang merayu terhadap keputusan JC Chua bahawa mereka perlu menyediakan jaminan keselamatan $1.5 juta bagi membela diri berkaitan tranche keempat.

Galeri Foto

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 15
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.