Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah digesa tetapkan jel empat bulan tanda aras hukuman elak NS

Oct 26, 2015 | 12:01 PM



PIHAK pendakwa menggesa Mahkamah Tinggi supaya menetapkan hukuman penjara empat bulan sebagai tanda aras bagi mereka yang mengelak Perkhidmatan Negara (NS) lebih dari dua tahun tetapi cukup muda untuk melaksana tugas itu sepenuhnya.


Hujah tersebut timbul dalam kes seorang lelaki berusia 25 tahun yang mengalami gangguan defisit perhatian yang meninggalkan Singapura sebagai seorang remaja untuk belajar di Australia dan mengelak NS lebih enam tahun.


Brian Joseph Chow, yang kembali ke Singapura pada 2013 dan menamatkan NS-nya pada Ogos lalu, didenda $4,500 oleh sebuah mahkamah daerah setelah mengaku bersalah.


Bagaimana pada Jumaat lepas, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan, dengan alasan hukuman denda jelas tidak mencukupi.


Peguam Negara Kedua, Encik Kwek Min Luck, yang berhujah kes rayuan itu, berkata kebanyakan lelaki muda menangguhkan pengajian tinggi mereka dan perkara lain apabila dikerah menjalani NS.


"Apakah mesej yang dihantar kepada anak-anak muda yang taat menjawab seruan NS, jika pesalah seperti responden memilih dan memilih bila mereka hendak berkhidmat dalam NS, dan kemudian dibenar melepaskan diri dengan denda semata-mata," tanya beliau.


Encik Kwek menggesa mahkamah bertindak mengikut satu keputusan penting tahun lalu bahawa mereka yang mengelak NS lebih dua tahun harus dihukum penjara.


Beliau berhujah sebagai titik permulaan, hukuman penjara empat bulan harus dikenakan. Hukuman itu kemudian harus diselaras, lebih atau kurang, berdasarkan faktor-faktor dalam sesuatu kes.


Kesalahan tersebut menjadi lebih teruk jika seseorang terang-terangan tidak mengendahkan kengganan Kementerian Pertahanan memberi penangguhan kepadanya.


Dalam kes itu, Chow pertama kiri pergi ke Australia untuk belajar pada 2005, ketika beliau 15.


Ibu bapanya memasukannya di Murdoch College di Perth, yang mempunyai program bagi membantunya menguruskan keadaannya itu.


Pada Januari 2008, dia diberitahu supaya mendaftar untuk NS. Chow kemudian ditawarkan penangguhan bagi kursus asas, tetapi bukan untuk pengajian tingginya.


Dia memohon menangguhkan NS untuk menyambung pengajian di universiti tetapi ditolak. Rayuannya juga ditolak.


Dia secara sukarela pulang ke Singapura pada Mei 2013, dua bulan selepas menamatkan pengajian di Universiti Australia Barat.


Pada Jumaat lepas, Encik Kwek berhujah hukuman penjara tiga bulan sesuai bagi Chow, sambil menarik perhatin bahawa dia menunjukkan prestasi baik dalam tentera dan mendapat testimoni positif daripada komandernya.


Hakim Chan Seng Onn menangguh penghakiman dan akan memberi keputusannya pada masa akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >