Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah izin editor The Real Singapore ke Australia

May 04, 2015 | 05:41 PM



SALAH seorang editor laman sosio-politik, The Real Singapore (TRS), Yang Kaiheng, telah diberikan kebenaran oleh mahkamah untuk ke luar negara bagi menziarahi bapanya di Australia, yang mengalami serangan angin ahmar yang teruk pada 1 Mei lalu.


Bagaimanapun, pemuda berusia 26 tahun itu perlu menuruti beberapa syarat; termasuk menyediakan ikat jamin tambahan sebanyak $40,000, di atas $20,000 yang telah dikenakan sebelum ini.


Dia juga harus memberikan perincian dan keterangan lengkap tentang di mana dia berada dan mesti boleh dihubungi sepanjang berada di negara kanggaru itu.


Yang dibenarkan meninggalkan republik ini mulai Isnin hingga 17 Mei ini, yakni sehari sebelum persidangan praperbicaraan bagi kesnya.


Dia juga harus menyerahkan pasport sekembalinya ke Singapura dan perlu memaklumkan tentang perkembangan akan keadaan bapanya, setiap tiga hari mulai Selasa, kepada peguamnya, Encik Choo Zheng Xi.


Pihak pendawak menarik balik bantahan mereka semasa kes didengar di mahkamah negara tengah hari tadi.


Pihak pendakwaraya menghujahkan bahawa Yang berisiko untuk menghilangkan diri sebaik diberi keizinan untuk keluar dari Singapura memandangkan dia seorang penduduk tetap di Australia, dan merupakan seorang pengarah sebuah syarikat yang ditubuhkan bersama-sama tunangnya, yang merupakan warga Australia.


Tengah hari tadi, mahkamah dimaklumkan bahawa tunang Yang, Ai Takagi, 22 tahun, yang juga dikenakan tuduhan, menyatakan kesediaan untuk menuruti permintaan Penguasa Pembangunan Media (MDA) untuk memberikan maklumat tentang operasi TRS, termasuk perakaunannya.


MDA semalam telah mengarahkan para editor TRS untuk menutup laman sosio-politik itu dan menggantung lesen mereka.


Laman itu juga diarah menarik keluar bahan-bahan 'yang ditegah' daripada terus diterbitkan.


Yang dan Takagi masing-masing dikenakan tujuh tuduhan menghasut dan satu tuduhan yang mana mereka gagal menunjukkan dokumen berhubung TRS kepada seorang pegawai polis.


Mereka telah dituduh menyiarkan laporan di TRS yang menimbulkan rasa marah dan kurang senang antara penduduk berbeza kaum di sini, termasuk warga Singapura dan Filipina dan antara warga setempat dengan warga China.


Hukuman maksimum dibawah Akta Hasutan adalah denda $5,000 dan dipenjara tiga tahun bagi setiap tuduhan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >