Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Negara perkenalkan inisiatif huraikan pertikaian di luar mahkamah

Mar 07, 2014 | 05:15 PM



WARGA Singapura yang ingin mendapatkan khidmat bagi meleraikan segala pertikaian di luar mahkamah boleh melakukan demikian menerusi sebuah pusat baru yang akan ditubuhkan pada masa depan.


Mahkamah Negara akan menubuhkan sebuah Pusat Mahkamah Negara bagi Huraian Pertikaian yang menawarkan khidmat Huraian Pertikaian Alternatif (ADR) bagi pelbagai jenis masalah pertelingkahan yang diuruskan mahkamah itu.


Pusat tersebut adalah antara inisiatif baru yang diumumkan Hakim Besar, Encik Sundaresh Menon, semasa di Seminar Rancangan Kerja Mahkamah Negara pagi tadi.


Antara lain, Pusat Mahkamah Negara bagi Huraian Pertikaian itu juga akan bekerjasama dengan universiti dan peguam bagi melaksanakan latihan dan program mendekati masyarakat.


Ia juga akan bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi menjalankan kajian ADR.


Antara inisiatif lain yang diumumkan termasuk penubuhan sebuah Mahkamah Kebertanggungjawaban Kemajuan yang bertujuan membantu pesalah daripada mengulangi kesalahan mereka.


Mahkamah tersebut akan menggalak pesalah untuk menjalani pemulihan setelah hukuman dijatuhkan, dengan kemajuan pesalah kemudian dipantau menerusi ulasan yang akan diadakan bersama pegawai kes penjara ataupun ahli keluarga mereka.


Dalam pada itu, Mahkamah Rendah kini secara rasmi dikenali sebagai Mahkamah Negara, dengan logo baru bagi mahkamah itu juga didedahkan sebelum seminar dimulakan tadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >