Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Syariah rakam penghargaan atas persaraan Pendaftar

Jan 13, 2018 | 05:30 AM



PENDAFTAR wanita pertama Mahkmah Syariah Singapura, Cik Animah Abdul Ghani, 70 tahun, akan melepaskan jawatannya mulai hari ini.



Kekosongan jawatan itu akan disandang Cik Shahrinah Abdol Salam, 39 tahun, yang ketika ini merupakan Timbalan Pendaftar. Beliau juga dilantik secara serentak sebagai presiden ad-hoc untuk tempoh dua tahun.



Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, Mahkamah Syariah (SYC), yang merupakan sebahagian daripada Kementerian Kebudayaan, Kemasyarkatan dan Belia, telah merakamkan penghargaan yang mendalam kepada Cik Animah.



Cik Animah memulakan kerjayanya di Pejabat Peguam Negara setelah menamatkan pengajian di Universiti Singapura pada 1972. Beliau membina kerjaya dan bersara dari Perkhidmatan Perundangan pada 1 November 2000. Pada Mei 2007, beliau menjadi pendaftar wanita pertama SYC dan yang ketiga sejak jawatan itu diwujudkan pada 1999. 



Sepanjang tempoh khidmatnya, beliau berperanan penting dalam mengawasi perubahan yang dibuat dalam pindaan Pentadbiran Undang-Undang Islam 2008.



Dalam satu majlis privet yang diadakan pada 11 Januari 2018 untuk menghargai sumbangannya, Menteri Perhubungan dan Penerangan yang juga Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim berkata: "Puan Animah mempunyai kerjaya yang panjang dan mengagumkan. Beliau boleh menyertai firma swasta selepas bersara daripada Perkhidmatan Perundangan, tetapi beliau memilih untuk bekerja di Mahkamah Syariah. Kemahiran dan pengalaman yang diperolehinya sepanjang kerjayanya sangat berguna dalam memantapkan mahkamah.



"Sebagai pendaftar, beliau memainkan peranan penting dalam pentadbiran undang-undang keluarga Islam dengan adil dan cekap dan memainkan peranan dalam mengawasi banyak penambahbaikan. Beliau sentiasa menjalankan tugasnya dengan secara terhormat dan tekun dan melakukannya dengan cemerlang dan dedikasi.



"Saya berterima kasih kepada beliau atas sumbangannya kepada Singapura dan masyarakat Islam."



Pada majlis itu, Cik Animah berkata: "Saya berterima kasih dengan penghormatan yang diberikan untuk berkhidmat dan mengalu-alukan calon yang baru dilantik. Saya amat berbangga dengan mereka kerana ini menandakan kepelbagaian bakat dalam komuniti kita. Saya yakin bahawa mereka akan mengukuhkan lagi Mahkamah Syariah."



Sementara itu, Cik Masayu Norashikin Mohamad Amin, 41 tahun, akan mengambil alih portfolio Cik Shahrinah sebagai timbalan pendaftar yang baru. Sebelum ini, beliau adalah seorang Hakim Daerah dan Penolong Pendaftar di Mahkamah Keluarga Keadilan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >