Satu proses dipertingkat bagi mewawancara anak-anak yang penjagaannya dipertikaikan sedang ibu bapa mereka menjalani proses perceraian telah dilaksanakan Mahkamah Syariah sejak September 2022 demi memastikan hak dan kebajikan anak-anak dilindungi dan dibela.
Dipanggil Wawancara Anak Bersama (atau Joint Child Interview), proses itu bertujuan untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi anak-anak serta keprihatinan dan keutamaan mereka secara menyeluruh melalui wawancara yang dikendalikan bersama oleh presiden Mahkamah Syariah dan ketua kaunselor mahkamah.