KES tiga bekas pemimpin Majlis Pusat dan seorang vendor yang menghadapi tuduhan cuba menipu sebuah kementerian dan tiga agensi pemerintah berhubung perbelanjaan projek penyalaan lampu Raya Geylang Serai akan melalui satu persidangan sebelum perbicaraan (PTC) pada April ini.
Dalam satu PTC yang diadakan semalam, Mahkamah Negara menetapkan satu lagi PTC diadakan pada 16 April.