Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah tiada kuasa campuri ehwal Islam di bawah seliaan Muis

Feb 03, 2016 | 03:09 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) satu-satunya badan yang menyelia semua hal ehwal masyarakat Islam Singapura, termasuk pentadbiran wakaf, dan mahkamah tidak ada kuasa campur tangan melainkan Muis mahu mendapatkan bantuan kehakiman.


Ini dinyatakan Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Kannan Ramesh semasa menolak permohonan pemegang amanah Wakaf Valibhoy untuk menggantikan seorang pemegang amanah wakaf itu yang didakwanya "sengaja menolak tanggungjawab menjalankan tugasnya".


Beliau berkata Akta Pentadbiran Hukum Islam (Amla) melindungi agama Islam dengan menubuhkan sebuah badan Islam bagi menangani pentadbiran syariah dan peraturan ehwal agama Islam di Singapura.


Ia hanya memberi kuasa kepada mahkamah berhubung wakaf apabila Muis memohon bantuan mahkamah.


".... saya harus tekankan bahawa proses mahkamah tidak harus sengaja digunakan untuk melemahkan kuasa kanun yang diberi Parlimen kepada Muis," kata JC Ramesh.


Laporan penuh dalam Berita Harian edisi Khamis, 4 Februari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >