Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah Tinggi kekal keputusan bersalah atas pasangan kes dera amah

Hukuman penjara ke atas suami ditambah dari 28 ke 43 bulan, hukuman atas isteri kekal
Mar 03, 2018 | 05:30 AM



MAHKAMAH Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Daerah yang mendapati sepasang suami isteri bersalah kerana mendera pembantu rumah mereka yang berasal dari Indonesia selama hampir dua tahun.



Semasa membentangkan keputusannya semalam, Hakim See Kee Oon yang merupakan sebahagian panel tiga hakim berkata, hukuman penjara 28 bulan yang dikenakan ke atas bekas pengurus IT serantau, Tay Wee Kiat, jelas tidak mencukupi.



Hukuman penjara itu dinaikkan kepada 43 bulan, lapor The Straits Times.



Bagaimanapun, hukuman penjara yang dikenakan ke atas isterinya, Chia Yun Ling, 41 tahun, kekal pada dua bulan.



Panel hakim itu juga termasuk Hakim Besar Sundaresh Menon dan Hakim Rayuan Tay Yong Kwang.



Selepas perbicaraan selama 14 hari sebelum ini, Hakim Daerah Shaiffudin Saruwan mendapati pasangan itu bersalah mendera Cik Fitriyah, 34 tahun, sebelum menjatuhkan hukuman Mac tahun lalu.



Tay, 39 tahun, didapati bersalah terhadap 12 tuduhan, termasuk sembilan tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Cik Fitriyah. Wanita itu telah bekerja dengan Tay dan isterinya di Yishun Avenue 6 antara 7 Disember 2010 hingga 12 Disember 2012.



Tay turut menghadapi tuduhan lain termasuk menyuruh seorang lagi pembantu rumahnya dari Myanmar, Cik Moe Moe Than, menampar muka Cik Fitriyah serta menawarkan untuk membayar Cik Fitriyah dan menghantarnya pulang jika beliau tidak membuat aduan tentang perbuatannya. Dia juga mengarah Cik Fitriyah untuk berbohong kepada polis dan mengatakan bahawa dia tidak mendera Cik Than.



Mahkamah diberitahu bahawa Tay antara lain telah memukul kepala Cik Fitriyah menggunakan rotan dan buluh selain menampar dan menendangnya serta menolak kepalanya sehingga terkena kabinet.



Chia, seorang bekas pengurus penjualan kanan, pula menampar Cik Fitriyah antara Jun dengan Disember 2012 dan menumbuk dahinya pada 7 Disember tahun itu.



Semasa memberi keterangan, Cik Than, 28 tahun, berkata Tay pernah memaksa beliau dan Cik Fitriyah melutut dengan tangan diletakan di atas lantai sebelum punggung mereka ditendang. Tay juga pernah menyuruh mereka menampar muka satu sama lain 10 kali dan memukul mereka menggunakan tiga rotan.



Pada Oktober 2012, Cik Than yang telah bekerja dengan pasangan itu selama 10 bulan dihantar pulang ke kampung halamannya tanpa diberi sebarang sebab. Namun, beliau kemudian kembali ke Singapura untuk membuat laporan polis terhadap bekas majikannya itu. Perbicaraan berhubung kes dera Cik Than melibatkan pasangan itu masih dijalankan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >