Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahkamah tolak permohonan MND lantik akauntan bebas untuk majlis bandaran WP

May 27, 2015 | 06:28 PM



MAHKAMAH Tinggi tidak akan melantik akauntan bebas untuk memantau geran pemerintah yang diberikan kepada majlis bandaran kendalian Parti Pekerja (WP).


Hakim Quentin Loh berkata, Kementerian Pembangunan Negara (MND) tidak dapat mewujudkan asas undang-undang bagi permohonannya untuk melantik akauntan-akauntan itu.


Namun dalam keputusan yang dikeluarkannya hari ini, Rabu, beliau berkata adalah jelas terdapat persoalan serius tentang keadaan akaun-akaun Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC), dan kesahan serta kewajaran bayaran yang dibuatnya sebelum ini.


Dalam perbicaraan dua hari awal bulan ini, MND berkata aliran tunai dan amalan akaunting AHPETC menjadi persoalan selepas ia terlepas membuat dua pemindahan kepada dana terikat, yang digunakan bagi penyenggaraan estet.


AHPETC berkata, ia tidak dapat membuat bayaran itu kerana ia diperlukan untuk menjalankan operasi harian.


MND telah menggantung geran dua tahun kepada AHPETC sejumlah $15 juta memandangkan ia tidak menerima jaminan bahawa dana tersebut digunakan secara betul.


Pada 20 Mac lalu, MND membuat permohonan kepada mahkamah untuk melantik akauntan bebas bagi AHPETC demi melindungi geran-geran pemerintah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >