Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu orang ramai fahami cabaran dan perangai golongan autistik

Kakak pernah rasa malu jadi perhatian dalam kereta api apabila si adik alami 'meltdown'
Apr 29, 2018 | 05:30 AM



NUR Sabrina Yusof masih ingat lagi peristiwa di dalam kereta api apabila adiknya tiba-tiba terpekik sekuat hati lalu mengundang tenungan ramai.



Kereta api waktu itu agak sesak tetapi ada sesuatu yang mencetus keresahan adiknya, Mohammad Mohsen, yang menyebabkannya mengalami meltdown.



Meltdown adalah keadaan apabila golongan autisme mengalami situasi keterlaluan yang membuat mereka hilang kawalan ke atas kelakuan mereka dan meluahkannya dengan menangis, menjerit, menendang atau menggigit.



Mohsen, 13 tahun, mempunyai autisme tahap sederhana.



"Kadangkala memang susah bila kami nak keluar terutama apabila dia ada meltdown di khalayak ramai," kata Nur Sabrina, 15 tahun.



"Memang saya rasa malu juga sebab orang ramai selalu melihat ke arah kami," kongsi pelajar Menengah Tiga Madrasah Aljunied itu.



Namun, meski berasa malu, keadaan adiknya itu bukan sesuatu yang ingin disembunyikannya.



Malah, Nur Sabrina mahu orang ramai tahu tentang Mohsen dan orang sepertinya yang mempunyai autisme.



"Lain orang lain tanggapan tentang autisme.



"Saya bimbang mereka salah anggap, tetapi saya mahu mereka tahu (tentang autisme) agar mereka boleh membantu golongan seperti adik saya lebih berdikari," ujarnya.



Anak sulung dua beradik itu akur mempunyai adik istimewa seperti Mohsen bukan mudah.



Mohsen, murid sekolah Persatuan Golongan Keperluan Khas (APSN) Katong, selalu memekik apabila berasa geram dan tidak mendapatkan apa yang diinginkannya.



Dia juga akan selalu menghentakkan kakinya, meloncat-loncat dan memukul kepalanya sendiri - antara perkara biasa yang dilakukan mereka yang mempunyai autisme.



Autisme adalah kondisi yang melibatkan perkembangan otak yang masih belum diketahui puncanya.



Ia mempengaruhi tingkah laku, interaksi sosial dan komunikasi seseorang, selain boleh menjejas persepsi deria serta fungsi motornya.



Memahami keadaan adiknya yang memerlukan perhatian lebih daripada ibu bapa mereka, Nur Sabrina berkata dia lebih berdikari.



Dia akan menggosok bajunya sendiri dan melakukan kerja rumah tanpa perlu disuruh.



Bagaimanapun, katanya, kadangkala terputik dalam hati kecilnya perasaan cemburu kerana tidak mendapatkan sebanyak perhatian seperti yang diinginkan.



"Kadang-kadang saya rasa cemburu juga kerana tidak mendapatkan sebanyak perhatian daripada ibu bapa kami sebagaimana Mohsen, terutama apabila saya perlukan bantuan bagi kerja sekolah. Mereka sedang sibuk melayan dan menguruskannya. Tapi saya faham keadaan Mohsen dan layanan ibu bapa kepadanya,'' luah Nur Sabrina.



Namun, kata Nur Sabrina, dia faham keadaan adiknya dan itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukannya sebagai kakak.



Malah, Nur Sabrina juga sedia menjaga Mohsen apabila mereka lebih dewasa nanti kerana dia "bimbang akan masa depannya sebab (Mohsen) tidak begitu berdikari".



Meski hubungan Nur Sabrina dan adiknya tidak seperti hubungan kebanyakan adik-beradik lain, kasih sayang antara mereka jelas kelihatan.



Di penghujung temu ramah dengan akhbar ini di rumah mereka di Chai Chee Street baru-baru ini, sambil duduk menonton televisyen bersama, Mohsen menyuapkan kakaknya sekeping piza.



"Saya amat mengasihinya dan dia pandai pikat hati saya. Apabila dia buat sesuatu kesilapan, dia akan peluk saya," kata Nur Sabrina sambil merenung sayang wajah adiknya itu.




"Kadang-kadang saya rasa cemburu juga kerana tidak mendapatkan sebanyak perhatian daripada ibu bapa kami sebagaimana Mohsen, terutama apabila saya perlukan bantuan bagi kerja sekolah. Mereka sedang sibuk melayan dan menguruskannya. Tapi saya faham keadaan Mohsen dan layanan ibu bapa kepadanya. Saya juga bersedia menjaga Mohsen apabila kami lebih dewasa kerana saya bimbang akan masa depannya sebab dia tidak begitu berdikari. Saya amat mengasihinya dan dia pandai pikat hati saya. Apabila dia buat sesuatu kesilapan, dia akan peluk saya.''
- Nur Sabrina Yusof.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >