Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mahu teruskan warisan Kedai Haji Hashim

Jan 14, 2018 | 05:30 AM



SEMASA Encik Abdul Aziz Yusof mengambil alih perniagaan arwah datuknya 10 tahun yang lalu, beliau berazam mahu meneruskan warisan Haji Hashim untuk berkhidmat kepada masyarakat.



Kedai Haji Hashim, yang ditubuhkan sejak 1922, merupakan 'lombong' pengetahuan di mana masyarakat Melayu di Singapura mencari buku agama serta barang-barang ibadah seperti tasbih dan telekung.



Menurut Encik Abdul Aziz, kini 63 tahun, trend pelanggan serta tumpuan Kedai Haji Hashim tidak banyak berubah sepanjang 10 tahun beliau menguruskan kedai itu.



"Kebanyakan pelanggan datang mencari buku agama, pembelajaran Al-Quran dan sebagainya. Ada juga yang mencari buku agama kanak-kanak, jadi memang tumpuan kita sepanjang 10 tahun ini tidak banyak berbeza," katanya semasa dihubungi Berita Minggu.



Menurut Encik Abdul Aziz, buku yang dijual di kedainya itu disesuaikan berdasarkan keperluan pelanggan dan diperolehi dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan ada kalanya dari India.



Haji Abdul Aziz menambah bahawa tiada perbezaan ketara yang dapat dilihat dari segi jumlah pelanggan yang datang ke kedainya.



"Pada amatan saya, pelanggan yang datang tak banyak beza sepanjang beberapa tahun ini. Cuma mungkin ada sedikit bertambah kerana daripada tiga kedai buku di Joo Chiat Complex ini sekarang tinggal dua," katanya.



Namun beliau berkongsi bahawa selagi ada pelanggan yang datang membeli buku, selagi itu Kedai Haji Hashim akan kekal.



"Biasanya pelanggan yang datang ke kedai buku ini adalah mereka yang sudah tahu apa yang ingin dicari, seperti buku yang diperlukan untuk kelas agama.



"Jarang saya dapati pelanggan yang suka-suka datang untuk membelek-belek buku dan membelinya," ujarnya.



Menurut beliau, ramai pelanggan tetapnya sudah pun menjadi seperti teman sendiri.



"Saya memang berada di kedai ini setiap hari, jadi memang saya kenal pelanggan-pelanggan tetap kedai ini.



"Biasanya mereka akan beritahu buku apa yang dicari atau dinanti-nantikan, dan bila ada stok kami akan sediakan untuk mereka," ujarnya.



Beliau akui ramai antara pelanggannya terdiri daripada kaum wanita yang sering beli-belah di Pasar Geylang Serai, namun ada juga pelanggan yang 'datang dari jauh' bagi mencari buku di sana.



Encik Abdul Aziz berharap warisan datuknya itu dapat dikekalkan generasi seterusnya dan sebab itu beliau kini melatih anak lelakinya, yang kini berusia 23 tahun supaya mengambil alih perniagaan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >