Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majid Ariff meninggal dunia

Feb 04, 2018 | 07:59 AM



LEGENDA bola sepak Singapura dan antara pemain paling berbakat yang pernah dilahirkan negara ini, Majid Ariff, meninggal dunia awal pagi tadi.



Allahyarham berusia 82 tahun.



Menerusi laman Facebook, anaknya memaklumkan bahawa Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 2.45 pagi.



Tambahnya, jenazah akan berada di Blok 938 Tampines Avenue 5 #04-143 dan akan dikebumikan selepas zohor.



Semasa zaman gemilangnya sebagai pemain bola sepak pada tahun 1960-an, Allahyarham sangat disegani kerana kecekapan dan kelincahannya menggelecek bola.



Mula berlatih di bawah bimbingan jurulatih masyhur negara, mendiang ‘Uncle’ Choo Seng Quee, Allahyarham menyarungkan jersi Singapura buat kali pertama di temasya Sukan Asia 1958.



Beliau juga pernah mendapat penghormatan sebagai satu-satunya pemain bola sepak Singapura yang dipilih mewakili skuad hebat ‘Asia All-Stars’ pada 1966.



Pada tahun yang sama, bapa tiga anak itu memainkan peranan penting membantu Singapura menduduki tempat keempat di Sukan Asia – pencapaian hebat yang belum lagi dapat diulangi sehingga hari ini.



Antara anak buah Allahyarham termasuk bekas pemain nasional seperti Fandi Ahmad, Malek Awab, Shahri Rahim dan Nasarudin Jalil.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >