MENYUSULI penangkapan lapan warga Bangladesh radikal di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ada majikan yang sudah mula mendampingi pekerja mereka bagi membincangkan keseriusan isu itu.
Pengarah Eksekutif syarikat GL Engineering and Construction Pte Ltd, Encik Raymond Gan, bertemu dengan sekitar 40 pekerja Bangladeshnya di Dormitori Penjuru, malam kelmarin.