Majikan Anton Casey umum beliau bukan lagi pekerjanya

SEHARI selepas Encik Anton Casey meninggalkan Singapura menuju ke Perth bersama keluarganya, majikannya, Crossinvest Asia mengumumkan bahawa pengurus kanan kekayaan itu tidak lagi merupakan pekerja syarikat tersebut.

Dalam kenyataan menerusi Facebooknya lewat malam semalam, ia berkata pihaknya berasa amat prihatin dengan kenyataan-kenyataan Encik Casey di media sosial baru-baru ini yang menyinggung perasaan ramai rakyat Singapura.

"Komen-komen itu bertentangan dengan nilai-nilai utama korporat dan keluarga kami yang berdasarkan kepercayaan, persefahaman dan menghormati kepelbagaian," kata kenyataan syarikat itu.

Encik Casey, 39 tahun, seorang warga British yang mengahwini bekas Miss Singapore, Cik Bernice Wong, telah mencetuskan kemarahan rakyat Singapura selepas beliau menyatakan menerusi Facebooknya bahawa penumpang pengangkutan awam Singapura merupakan "orang-orang miskin" dan menganggap pengangkutan awam "berbau busuk".

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.