Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majikan dera amah dalam kes 'cedera sederhana' mungkin hadapi hukuman lebih berat

Aug 18, 2016 | 08:50 AM



MAJIKAN yang mendera pembantu rumah dalam kes kecederaan sederhana mungkin menghadapi hukuman penjara lebih lama dalam satu langkah baru oleh mahkamah bagi meningkatkan pencegahan.



Hakim Besar (CJ) Sundaresh Menon menunjukkan mahkamah sedang menuju ke arah itu ketika menolak rayuan seorang pesalah yang dihukum penjara 14 minggu kerana "membuli melampaui batas" seorang pembantu rumah.



Peguam Janardana Jayasankarr, Encik Rajan Nair, berhujah bahawa hukuman penjara 14 minggu ke atas anak guamnya kerana menumbuk dan memijak pembantu rumahnya "jelas berlebihan", mengikut duluan.



Bagaimanapun, CJ Menon tidak bersetuju dan berkata: "Dalam segala hal keadaan, saya menganggap hukuman dalam kes ini boleh lebih berat."



Beliau juga berkata dalam alasan penghakimannya, yang dikeluarkan pada Rabu (17 Ogos), bahawa bahagian penghukuman itu perlu dikaji semula, dengan kes yang sesuai.



Kecederaan sederhana membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, tidak seperti kecederaan parah, iaitu 15 tahun.



Janardana, 52 tahun, mengaku bersalah pada Februari lalu terhadap dua tuduhan mencederakan Cik Miezel Cagas Limbaga, seorang pembantu rumah Filipina berusia 31 tahun.



Dalam kejadian yang berlaku pada tahun lepas itu, Janardana, seorang pengawal keselamatan, memijak dan menumbuk Cik Limbaga selepas menuduh beliau mencuri makanan. Ia membuat Cik Limbaga lebam di kulit kepala, pipi, dada, belakang dan pinggul.



Janardana dan isterinya, Vidya Jayasankarr, 32 tahun, yang dihukum penjara seminggu, bergilir-gilir memukul pembantu rumah itu.



Hakim Daerah Jasvender Kaur memenjarakan Janardana tujuh minggu berturut-turut bagi setiap pertuduhan, menjadi 14 minggu kesemuanya, dan mengambil kira dua tuduhan lain semasa menjatuhkan hukuman.



Encik Nair meminta hukuman dikurangkan kepada lapan minggu, memandangkan hukuman tujuh minggu bagi setiap pertuduhan tidak selaras dengan kes-kes sebelumnya.



Bagaimanapun, CJ Menon berkata "isu sebenar" dalam kes itu ialah keterukan serangan dan kecederaan yang dialami.



Beliau berkata terdapat serangan berulang dengan "penyebab yang tidak boleh difahami" di bahagian lemah tubuh mangsa. Ia sampai ke tahap beliau takut malah untuk dilihat bercakap dengan orang lain.



Beliau berkata: "Saya menganggap ini sebagai contoh serius penderaan. Pembantu rumah tidak boleh menjadi jalan keluar untuk majikan yang kecewa meluahkan kekecewaan peribadinya. Mereka adalah manusia yang berhak diberi martabat dan penghormatan kerana keadaan manusia menuntutnya."



Sambil menegaskan undang-undang memperuntukkan hukuman maksimum penjara tiga tahun dan denda $7,500 bagi kesalahan cedera sederhana, beliau berkata duluan menunjukkan mahkamah mungkin tidak mengambil kira secukupnya atau memanfaatkan keluasan pelbagai hukuman yang ditetapkan oleh Parlimen.



Beliau berkata mahkamah akan mengambil kes yang bersesuaian pada masa akan datang untuk mengubah suai "penanda aras itu ke atas" dan mengenal pasti faktor-faktor yang perlu dipertimbang apabila menjatuhkan hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >