Majikan didenda $12,000 dek tidak membayar gaji amah

SEORANG majikan telah didenda $12,000 dan dilarang mengambil lagi pembantu rumah dek tidak membayar gaji amahnya.

Razalee Rasdi, 51 tahun, tidak membayar gaji pembantu itu sebanyak $7,450 selama tempoh pekerjaannya dari Februari 2010 hingga Mei 2013.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berkata, Razalee telah melanggar peraturan permit pekerjaan kerana tidak menyimpan rekod pembayaran gaji pembantu rumahnya.

Razalee juga tidak membayar levi bulanan pembantu rumah hingga menyebabkan permit pekerjaan amahnya itu dibatalkan.

Ppembantu rumah tersebut telah pun dipindahkan kepada majikan baru.

Majikan yang gagal membayar gaji amah mereka sekurang-kurangnya untuk sebulan boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara selama 12 bulan.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.