PEKERJA matang harus mengikuti perkembangan industri. Malah, mereka boleh melihat bagaimana mereka boleh mempertingkat kemahiran supaya kekal relevan.
Dengan itu, mereka boleh terus diambil bekerja dan yakin akan nilai mereka, kata Pengurus Besar Perikatan Tiga Pihak bagi Amalan Pekerjaan yang Adil (Tafep), Cik Roslyn Ten.