Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis anugerah alam sekitar Earthshot Putera William bakal diadakan di S’pura

Jun 07, 2023 | 07:20 PM



Projek inovatif yang memberi tumpuan kepada melindungi lautan dunia dan memulihkan alam semula jadi akan ditonjolkan, dengan beberapa daripadanya disokong Hadiah Earthshot Putera William.

Majlis penganugerahan bagi 2023 itu akan diadakan buat kali pertama di Singapura November ini.

Diasaskan Putera William pada 2020, hadiah itu akan memberi setiap daripada lima pemenang £1 juta ($1.7 juta) untuk membantu mereka meningkatkan huraian agar dapat mencapai kesan yang diingini.

Projek itu perlu mempunyai matlamat membantu sekitaran seperti mewujudkan dunia yang bebas sisa, membersihkan udara, membetulkan iklim dunia, menghidupkan semula lautan dan melindungi serta memulihkan alam semula jadi.

Dalam laporan The Straits Times, ketua eksekutif Hadiah Earthshot, Cik Hannah Jones, berkata melindungi lautan dan alam semula jadi kini menjadi penting, dengan negara di serata dunia menetapkan matlamat sejagat.


Ia termasuk melindungi 30 peratus tanah dan menjadikan 30 peratus lautan dunia, simpanan bagi melindungi marin. Namun, adalah penting untuk berbuat demikian mengikut cara yang turut membawa kemakmuran ekonomi kepada masyarakat tepi pantai, katanya.

Cik Jones menambah: “Saya rasa terdapat banyak usaha cemerlang di Asia... masyarakat yang beralih daripada memancing ke model alternatif yang... juga menambah semula kepelbagaian bio lautan dan mewujudkan sumber pendapatan baru untuk manusia.”

Contohnya, menanam rumpai laut secara mampan boleh mewujudkan stok makanan baru dan menjadi ‘singki’ karbon. ‘Singki’ karbon merupakan sekitaran semula jadi yang boleh menyerap karbon dioksida dari atmosfera.

Menambah semula dan melindungi alam semula jadi akan menjadi penting untuk memastikan pemanasan sejagat tidak melebihi 1.5 darjah Celsius, menurutnya.

Secara keseluruhan, seramai 15 finalis di peringkat sejagat akan dipilih pada September, dengan lima dipilih sebagai pemenang oleh Majlis Hadiah Earthshot pada minggu mulai 6 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >