MAJLIS bandaran kendalian Parti Pekerja (WP) memerlukan geran pemerintah yang masih ditahan dan berharap dapat menerima dana $7.1 juta itu segera.
Geran itu diperlukan bagi membolehkan Majlis Bandaran Aljunied-Hougang-Punggol East (AHPETC) menampung perbelanjaan operasinya serta membuat pemindahan kepada dana terikatnya, kata pengerusi WP dan AHPETC, Cik Sylvia Lim, kelmarin.