Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis Bandaran perlu ketepikan 14% pungutan S&CC ke dana ganti lif; dapat lebih geran dari MND

Jan 23, 2017 | 02:51 PM



Mulai 1 April tahun ini, semua majlis bandaran perlu mengetepikan sekurang-kurangnya 14 peratus daripada bayaran perkhidmatan dan tong sampah (S&CC) yang dikumpul daripada penduduk, dan geran pemerintah, ke dana ganti lif.



Ini di samping sumbangan secara tetap yang ada - sekurang-kurangnya 26 peratus daripada kutipan majlis-majlis bandaran - kepada dana terikat. Tetapi majlis bandaran akan mendapat lebih banyak geran daripada Kementerian Pembangunan Negara (MND) untuk membantu menampung kos mereka.



Peri perlunya majlis bandaran menubuhkan dana ganti lif diumumkan September lalu, sebagai sebahagian daripada usaha keseluruhan meningkatkan prestasi lif Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan kebolehpercayaan.



Pada Isnin (Jan 23), MND mengumumkan jumlah tertentu yang perlu majlis bandar perlu masukkan ke dana itu, setelah berbincang dengan majlis bandaran mengenai butir-butir pelaksanaan.



The MND berkata ia akan meningkatkan geran bayaran S&CC yang kini diberi kepada majlis bandaran bagi membantu menampung kos mereka, dan menyediakan geran tambahan sepadan dengan sumbangan majlis bandaran kepada dana ganti lif.



Butiran lanjut bantuan akan dikeluarkan secara berasingan, berkata MND.



Menjelaskan perlunya kenaikan itu, MND berkata: "Dengan prasarana HDB kita semakin tua, lebih banyak perbelanjaan diperlukan untuk penyenggaraan dan penggantian aset prasarana.



"Oleh itu majlis bandaran perlu merancang lebih awal dan memberi lebih sumbangan kepada dana terikat mereka untuk membayar perbelanjaan seperti mengecat semula blok, penyenggaraan muka bangunan, mengganti lif dan pam air (dan sebagainya)."



Pada September, HDB mengumumkan $450 juta bagi Program peningkat Lif bagi membiayai bersama kos ubah suai lif lebih tua dengan ciri-ciri keselamatan dan tambahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >