Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
3

Majlis berkhatan beramai-ramai secara percuma

Dec 02, 2014 | 05:30 AM

(Gambar 1) ADA yang tenang, ada yang menahan kesakitan. Beginilah suasana di sekitar kawasan menunggu di bangunan Jamiyah semasa berlangsungnya Projek Berkhatan Beramai-ramai anjuran Kelompok Masjid Tengah Selatan dengan kerjasama Jamiyah dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).     Anak-anak lelaki yang sedang menantikan giliran mereka mahupun sesudah dikhatankan diminta berbaring untuk menenangkan perasaan dengan ditemani ibu bapa mereka yang tidak putus-putus memberikan kata-kata perangsang. Projek itu, yang memasuki tahun keempat, bermula seawal 8 pagi dan berakhir sekitar 6 petang kelmarin, dengan penglibatan ramai sukarelawan dari Jamiyah dan masjid di bawah kelompok itu - Masjid Al-Amin, Al-Falah, Mujahidin, Jamiyah Arrabitah, Lower Delta dan Masjid Omar Kampong Melaka.     Seramai 50 kanak-kanak lelaki daripada keluarga memerlukan dikhatan secara beramai-ramai di bawah projek itu sebagai usaha meringankan bebanan keluarga. Khidmat berkhatan lazimnya berharga sekurang- kurangnya $150.

(Gambar 2) SETELAH selesai dikhatankan, empat sepupu dalam gambar ini - (dari kiri) Mohd Yusof Danial Samsuri, 10 tahun; Alif Suzaili Hazeli, 10 tahun; Mohd Yusri Danish Samsuri, sembilan tahun; dan Arif Suzairi Hazeli, lapan tahun - harus menunggu ubat mereka. Ekoran terlalu letih kerana terpaksa bangun seawal 4 pagi, Arif sempat memejamkan mata.     Seramai lima doktor Muslim dan kira-kira 20 jururawat menyumbang tenaga melaksanakan dan memudahkan khatan beramai-ramai secara percuma untuk golongan keluarga memerlukan.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >