Pasangan muda yang mendapat inspirasi daripada filem dan tema elegan dari Barat kini mula merubah corak majlis perkahwinan Melayu yang ada hari ini. Ada di antara mereka mula beralih daripada budaya majlis persandingan biasa dengan mengadakan resepsi mengikut tema filem kegemaran pasangan, memilih dekorasi berkonsep kedesaan serta membuat dan mereka sendiri pelamin serta alat perhiasan perkahwinan. SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) meninjau trend perkahwinan pasangan muda hari ini.
TETAMU TURUT MELAWA: Tetamu yang hadir bagi majlis persandingan Encik Muhammad Zaki dan Cik Siti Zahara turut hadir dengan mengenakan pakaian bak karakter fantasi filem seperti yang disyorkan dalam kad undangan. - Foto RAYMOND PHANG PHOTOGRAPHY -
SKETSA MENYERONOKKAN: Ada sketsa ringkas siap dengan aksi lawan bagi tontonan tetamu. Encik Muhammad Zaki (tiga dari kanan) bertindak selaku satria yang datang untuk menyelamatkan isterinya, Cik Siti Zahara (berdiri di sebelahnya). - Foto RAYMOND PHANG PHOTOGRAPHY -
KAD UNDANGAN BUATAN SENDIRI: Ini merupakan kad undangan unik yang dibuat sendiri pasangan ini yang mendapat inspirasi daripada filem seperti 'Lord of the Rings' dan 'Harry Potter'. - Foto THE ART OF MEZAME -

SEBAIK sahaja anda menjejakkan kaki ke majlis resepsi persandingan Encik Muhammad Zaki Ahmad dan Cik Siti Zahara Mohd Anuar, anda akan rasakan seolah-olah berada di abad pertengahan.
Ini kerana selain hiasan dan lagu daripada filem seperti Pirate of the Carribean, Lord of the Rings dan Harry Potter yang diputarkan semasa majlis tersebut, lebih separuh daripada 300 tetamu yang dijemput mengenakan pakaian ala abad pertengahan.