SATU majlis khas memperingati mendiang Encik Lee Kuan Yew (gambar) telah diadakan di New York City sebagai memperingati hubungan kukuh yang dijalinnya dengan pemimpin Amerika Syarikat.
Dalam majlis tersebut, Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang tidak dapat menghadiri upacara privet itu telah mengutuskan pesanannya yang dibacakan oleh Duta Singapura ke Amerika, Encik Ashok Mirpuri.