Majlis meterai perjanjian HSR Singapura-KL ditangguh: NST

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura menangguhkan majlis menandatangani perjanjian dua hala mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) disebabkan hal penjadualan dan pentadbiran lain, lapor akhbar New Straits Times pada Khamis (1 Dis).

Ia memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata demikian.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dijadualkan bertemu di Johor Bahru pada 5 Disember untuk menyaksikan majlis menandatangani perjanjian itu semasa Rahat Pemimpin tahunan mereka.

Akhbar itu berkata Datuk Abdul Rahman memberitahunya Malaysia mencadangkan 21 Dis sebagai tarikh baru bagi majlis tersebut.

Kelewatan itu disebabkan hal penjadualan dan pentadbiran lain, tambah beliau, sambil berkata "semua isu telah diselesaikan".

"Kami mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan Singapura Khaw (Boon Wan) pada Selasa (29 Nov). Kedua-dua pihak bersetuju memperhalusi beberapa butiran dalam perjanjian dua hala itu," ujar Datuk Rahman, menurut akhbar itu.

Diilhamkan pembinaan kereta api sepanjang 350km itu - 15km di Singapura - dijangka bermula pada 2018 dan mula beroperasi pada 2026.

Ia dijangka mengurangkan masa perjalanan antara Singapura dan Kuala Lumpur kepada 90 minit, berbanding empat hingga lima jam perjalanan jalan raya sekarang.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 27
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 2,956.130 -2.730