PELAJAR Sekolah Menengah Teck Whye mengulangi kejayaan dalam Kem Obor apabila mereka sekali lagi muncul sebagai antara tiga kumpulan terbaik dalam perkhemahan kewartawanan itu.
Kumpulan tiga pelajar perempuan sekolah tersebut menjadi naib juara perkhemahan tahunan anjuran Berita Harian itu, justeru memperbaiki prestasi menduduki tempat ketiga tahun lalu.