Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Makanan halal disediakan bagi atlit Sukan SEA

Jun 10, 2015 | 03:18 PM



ATLIT dan pegawai Muslim yang terlibat dalam Sukan SEA Singapura tidak perlu was-was mengenai makanan yang disediakan kerana ia telah pun mendapat pensijilan halal.


Ini setelah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melantik Warees Halal Limited (WHL) untuk menjalankan khidmat pengesahan makanan dan pembersihan di tempat-tempat tertentu, termasuk hotel dan syarikat katering.


Menurut satu kenyataan Muis tadi, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Tenggara Singapura (Singsoc) telah meminta pensijilan halal bagi Sukan SEA ke-28 itu.


Kesemua 20 hotel yang menempatkan 10,000 atlit dan pegawai akan menyediakan makanan yang telah mendapat pensijilan halal dalam menu mereka.


Muis juga mengeluarkan pensijilan Halal kepada tiga syarikat katering yang dilantik bagi sukan itu.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) WHL, Haji Abdul Rahim Saleh, berkata pensijilan Halal ialah sebahagian daripada Jenama Singapura, dan syarikat itu gembira dapat menyokong Sukan SEA.


"Warees Halal yakin dapat menjalankan tugas ini dengan baik kerana ia telah meraih pengalaman audit dalam acara skala besar serupa seperti perlumbaan malam Formula One (F1) Singapura.


"Banyak usaha telah dilakukan untuk menyediakan hotel dan syarikat katering menerusi audit sebelum acara untuk memastikan mereka mempunyai sistem yang boleh dijejak untuk membekalkan makanan halal bagi Sukan itu, sejajar dengan Sistem Pengurusan Mutu Halal Muis Singapura," ujar Haji Abdul Rahim.


Tambahnya, pasukannya akan mengadakan pemeriksaan secara kerap untuk memastikan peraturan dipatuhi setiap masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >