Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Makin ramai remaja bunuh diri

Jul 26, 2016 | 08:18 AM



LEBIH daripada dua orang muda berumur 10 hingga 19 tahun membunuh diri setiap bulan tahun lalu.



Jumlah 27 kes pada tahun lalu itu dua kali ganda lebih banyak daripada 2014 dan tertinggi dalam tempoh 15 tahun.



Ini walaupun jumlah keseluruhan kes bunuh diri di Singapura tahun lalu adalah paling rendah sejak 2012.



Golongan muda bermasalah yang mendekati agensi pencegahan bunuh diri Samaritan Singapura (SOS) menyatakan isu kesihatan mental, tekanan akademik, dan masalah hubungan di rumah dan di sekolah adalah punca terbesar tekanan yang mereka hadapi.



Jumlah kes bunuh diri dalam kumpulan umur itu bertambah walaupun kumpulan itu sendiri semakin mengecut, berkurangan 7.1 peratus sejak 2012.



Ini sekali gus menekankan keperluan mendesak mengenal pasti dan membantu kanak-kanak berisiko, kata para pakar.



Secara keseluruhan, 409 kes bunuh diri dilaporkan pada 2015, berbanding 415 pada 2014.



Ia mengakibatkan kadar bunuh diri turun kepada 8.43 bagi setiap 100,000 penduduk, daripada 10.27 pada 2012.



Bagaimanapun, usia remaja boleh menjadi masa sukar apabila anak-anak muda berjuang dengan isu identiti dan kekitaan, ujar SOS.



Mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental dan tertekan oleh persekitaran rumah dan belajar lebih menghadapi risiko.



Membesar dalam era digital juga boleh membuat mereka mudah terdedah pada pengaruh negatif dalam talian yang mungkin membawa kepada perbuatan mencederakan diri sendiri atau membangunkan kecenderungan membunuh diri, kata seorang pekerja sosial utama di Perkhidmatan Masyarakat Fei Yue, Cik Petrine Lim, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa (26 Jul).



"Ibu bapa yang semakin sibuk sekarang mungkin tidak menghabiskan cukup masa dengan anak-anak mereka untuk perasan perubahan mood anak mereka," kata Cik Lim.



"Ini membuat mereka yang benar-benar berasa tertekan berpalaing pada dalam talian untuk cuba mengetahui cara menguruskan kemurungan, di mana terdapat lingkungan luas jawapan dan ada orang mungkin cuba memberi mereka jalan keluar bagi kesakitan mereka."



Remaja tidak mempunyai saluran sihat untuk meluahkan kesakitan mereka, misalnya keluarga dan rangkaian sosial yang menyokong, cenderung menghadapi risiko mencederakan diri sendiri dan memikirkan tentang bunuh diri, kata para kaunselor.



Antara dapatan lain SOS ialah walaupun kaum lelaki membentuk dua pertiga daripada keseluruhan kes bunuh diri, jumlah mereka berkurangan tahun lepas berbanding 2014.



Pada 2015, 271 lelaki dan 138 wanita membunuh diri, berbanding 292 lelaki dan 123 wanita pada 2014.



TALIAN BANTUAN



Samaritan Singapura: 1800-221-4444



Persatuan Kesihatan Mental Singapura: 1800-283-7019



Perkhidmatan Krisis Bergerak, Institut Kesihatan Mental: 6389-2222




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >