"Menghadiri sesi 'Sembang Petang' hari ini bermakna buat saya sebab saya boleh leraikan segala ketidakpastian atau kekeliruan tentang Pakej Generasi Perintis. Kalau kita setakat dengar daripada teman-teman, mereka mungkin sama-sama tak pasti. Jadi, lebih baik kita dengar daripada yang tahu. Sembang kedai kopi pun tak bawa ke mana sebab kita mungkin semakin keliru. Hari ini, saya dapat banyak maklumat membina tentang penjagaan kesihatan dan manfaat Pakej Generasi Perintis."
- Encik Rashid Ali, 64 tahun, teknisyen.