Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maklumat peribadi 850 askar, kakitangan Mindef, dicuri dalam serangan siber 'khusus'

Feb 28, 2017 | 03:25 PM



MAKLUMAT peribadi milik sekitar 850 askar dan kakitangan Kementerian Pertahanan (Mindef) dicuri daripada I-Net - sistem Internet Mindef - dalam serangan yang dianggap 'khusus' dan 'dirancang rapi'; yang mungkin bertujuan mencerobohi rahsia rasmi.



Serangan yang dikesan awal Februari ini adalah pencerobohan sebegini pertama yang dialami I-Net.



Nombor kad pengenalan, nombor telefon dan tarikh lahir milik kakitangan tetap Mindef serta anggota perkhidmatan negara (NS) sepenuh masa dan kerahan, dicuri. Tiada maklumat ketenteraan rahsia disimpan di I-Net. Menurut Mindef, perkara sulit disimpan menggunakan sistem komputer berasingan yang tidak terhubung dengan Internet.



Kesemua kakitangan terjejas akan diberitahu minggu ini.



Selepas mendapat tahu insiden itu, Mindef telah memisahkan server komputer terjejas daripada rangkaian I-Net dan melaksanakan siasatan forensik, selain memberitahu semua agensi pemerintah. Siasatan lanjut menunjukkan tiada pencerobohan lain berlaku.



Bercakap kepada media di Mindef pada 28 Februari, Setiausaha Tetap (Teknologi) Encik David Koh berkata serangan itu tidak dilakukan oleh 'penggodam kasual' atau 'kumpulan jenayah'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >