Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Malam Sastera: Yusnor Ef kongsi kisah nyata di sebalik lagu

Oct 17, 2017 | 05:30 AM



PERJALANAN seni Yusnor Ef cukup berwarna-warni.



Beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang guru, malah penggubah lagu dan penulis seni kata.



Encik Yusnor juga pernah terlibat dalam penerbitan drama dan filem.



Antara penyanyi terkenal yang mendapat sentuhan emasnya ialah seniwati Sanisah Huri.



Pada Malam Sastera: Asmara Dalam Lagu yang akan berlangsung pada 8 malam 5 November, Cikgu Yusnor - panggilan mesra buat dirinya - akan mengongsi pengalaman berkarya dan menyemarakkan dunia seni hiburan Melayu.



Bertempat di Auditorium Ngee Ann Kongsi Galeri Nasional Singapura, dulunya bangunan Dewan Bandaraya yang menempatkan Mahkamah Tinggi menghadap Padang, Encik Yusnor akan 'berduet' dengan biduanita pujaan ramai itu.



Beliau, yang telah menghasilkan lirik bagi lebih 250 lagu sehingga kini, berkata:



"Saya mencipta lagu dan menulis lirik berdasarkan keadaan nyata. Lagu saya ada cerita di sebaliknya.



"Semasa Malam Sastera nanti, saya akan menyentuh kisah menarik mengenai lagu-lagu yang dinyanyikan Sanisah, sama ada tentang lagu itu sendiri atau keadaan yang berlaku waktu itu," ujarnya, ketika ditemui di pejabat Berita Harian minggu lalu.



Seni kata pertama yang dihasilkannya dimuatkan dalam filem arahan S. Kadarisman Tunggal. Lagunya dihasilkan seniman agung Allahyarham P. Ramlee.



Khas buat Malam Sastera kelak, Encik Yusnor, yang juga penerima Pingat Budaya, bersama Sanisah telah memilih 12 lagu untuk dipersembah.



"Setiap lagu ada ceritanya. Jadi nanti saya ceritalah..." katanya.



Malam Sastera dianjurkan bersama Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan sempena Pesta Penulis Singapura (SWF).



Acara yang disokong Persatuan Karyawan Muzik Melayu Singapura (Perkamus) itu juga meraikan ulang tahun ke-60 akhbar ini.



Tiket berharga $80 setiap satu boleh dibeli menerusi talian Sistic 6348-5555 atau https://www.sistic.com.sg/events/cswf2017y.



Potongan harga 20 peratus diberi kepada warga berusia 55 tahun ke atas dan anggota Perkhidmatan Negara (NS).



Pembelian sekurang-kurangnya empat tiket pula akan meraih potongan harga 20 peratus.



Bagi pembelian 10 tiket ke atas, diskaun 30 peratus akan diberi.



Tiket juga boleh didapatkan di kaunter Sistic dalam pusat beli-belah serata negara.



Ini termasuk Bedok Mall, Bukit Panjang Plaza, Esplanade, Hougang Mall, JEM, JCube, Nex, Tampines Mall, Tiong Bahru Plaza, Westgate dan White Sands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >