MENTERI Negara bagi Pembangunan Negara merangkap Pertahanan, Dr Mohamad Maliki Osman, semalam melawat dua ladang ternakan ikan yang terjejas akibat ribuan ikan yang mati dek ledakan plankton semalam.
Beliau menjanjikan bantuan serta melahirkan rasa simpati dengan penternak ikan yang terjejas teruk oleh kejadian itu.