Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki: Hanya di Singapura penghuni flat sewa dibantu miliki rumah sendiri

Sep 04, 2015 | 09:53 AM



Kemajuan besar masyarakat Melayu selama ini mencerminkan kejayaan Singapura, kata Menteri Negara (Pertahanan merangkap Pembangunan Negara) Dr Mohamad Maliki Osman.


Dalam rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC East Coast malam tadi (3 Sep), beliau berkata: "Masyarakat Melayu kini telah menunjukkan hasil yang melebihi masyarakat generasi sebelum ini. Ini adalah kisah Singapura."


Masyarakat telah cemerlang dalam bidang akademik, dengan lebih ramai pelajar Melayu lulus dengan kepujian kelas pertama, misalnya.


PAP mengambil berat terhadap masyarakat dan akan memastikan bahawa masa depan kekal kaya dengan peluang, katanya.


Dr Maliki, yang dilahirkan pada 1965, mengimbas permulaan beliau sendiri yang sederhana, membesar dalam keluarga 11 anggota.


"Saya telah melalui transformasi Singapura. Saya telah merasai hidup di kampung, melihat permulaan flat sewa dan, kemudian, berpindah ke rumah yang dimiliki ibu bapa saya," kata beliau.


Dan kisah kejayaan Singapura paling jelas digambarkan dalam rumah-rumahnya, dengan lebih 90 peratus rakyat kini tinggal di rumah yang mereka miliki.


Orang Melayu turut mendapat manfaat daripada ini, kata Dr Maliki.


Dan memandangan pemilikan rumah penting bagi membina keluarga berdaya tahan, PAP akan terus membantu rakyat Singapura memiliki rumah mereka.


Malah, pemerintah sudah menawarkan bantuan kepada keluarga yang tinggal di flat sewa, katanya, memberi contoh Geran Perumahan Permulaan Baru yang akan membantu mereka membeli flat dua bilik.


"Bukankah ini satu keadaan yang boleh kita banggakan? Hanya di Singapura kita dapat melihat orang tinggal di flat sewa diberi peluang memiliki flat mereka. Hanya di Singapura kita boleh menjadikan ini satu kenyataan," kata Dr Maliki.


Sebelum itu, seorang penduduk GRC East Coast, Encik Yusuf Ali, naik ke pentas dan menggesa masyarakat Melayu supaya menyokong PAP.


"PAP menghargai sumbangan masyarakat Melayu/Islam di Singapura. Mereka mengambil berat tentang isu-isu yang kita hadapi," katanya.


"Lima puluh tahun lalu, Encik Lee Kuan Yew berjanji rakyat kita bahawa Singapura akan menjadi milik semua orang, tanpa mengira kaum dan agama. Ini adalah janji yang PAP akan terus hidupkan," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >