WALAUPUN Internet boleh mencabar usaha mengembangkan budaya dan bahasa Melayu dalam kalangan generasi muda, ia sebenarnya boleh dimanfaatkan dengan lebih kreatif dalam mencapai matlamat itu, kata Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Pertahanan), Dr Mohd Maliki Osman.
Berucap dalam satu acara sempena Bulan Bahasa 2014, 'Forum Cabaran Budaya Generasi Muda', di Muzium Tamadun Asia semalam, Dr Maliki mengakui Internet menjadi sebahagian penting dalam kehidupan hari ini.