MESKIPUN tewas di Syria dan Iraq, ISIS kekal sebagai ancaman jelas di Asia Tenggara kerana para pejuang asing akan kembali ke rantau ini, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.
Tambahnya, media pro-ISIS juga kini kurang menggalak penghijrahan ke Iraq dan Syria tetapi menghasut agar serangan pengganas dilakukan di mana-mana.