Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MESYUARAT MENTERI KERJASAMA EKONOMI ASIA-PASIFIK (APEC) KE-29

Maliki ketengah konsep belajar sepanjang hayat, pemakanan sihat

Nov 10, 2017 | 05:30 AM



USAHA Singapura membangunkan sumber manusia menerusi pembelajaran sepanjang hayat dan pentingnya pemakanan yang selamat bagi negara kecil seperti republik ini merupakan antara yang diketengahkan dalam Mesyuarat Menteri Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) ke-29 di Da Nang, Vietnam.



Demikian kongsi Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman dalam catatan di Facebook, semalam.



Dr Maliki, yang pertama kali ke Da Nang untuk menghadiri mesyuarat menteri Apec (AMM), berkata:



"Saya telah bercakap tentang usaha Singapura dalam membangunkan sumber manusia menerusi pembelajaran sepanjang hayat dan pentingnya pemakanan yang selamat untuk negara kecil seperti Singapura.



"Di acara pinggiran AMM, saya telah mengadakan pertemuan yang berguna dengan menteri-menteri Apec lain untuk mengukuhkan hubungan dua hala dan telah meneroka peluang-peluang bagi kerjasama masa depan."



Dr Maliki menambah beliau telah bertemu delegasi belia Singapura yang menyertai sidang Apec Voice of the Future.



"Kami telah mengadakan perbincangan topik yang luas. Sangat memberangsangkan mendengar perspektif dan aspirasi mereka bagi Singapura untuk masa depan," tambah beliau.



Turut hadir mesyuarat di Vietnam itu ialah Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perdagangan) Lim Hng Kiang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >