Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Maliki mahu Wisma Geylang Serai jadi nadi masyarakat

Tekankan perlunya sokongan semua pihak bagi menjayakannya
Oct 08, 2017 | 05:30 AM



Bangunan Wisma Geylang Serai sedang giat didirikan di tapak yang pernah menempatkan Kampung Melayu Geylang Serai. Ia dijangka siap tahun depan. Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman, yang ditugaskan menerajui projek itu, berkongsi mengenai projek yang dijangka mengubah landskap kawasan Geylang Serai. SUHAIMI MOHSEN (suhaimi@sph.com.sg) melaporkan.



MERIAH dengan kegiatan, sibuk dengan pelbagai perkhidmatan dan menjadi denyutan nadi masyarakat.



Berkongsi visinya mengenai Wisma Geylang Serai (WGS), Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman, yang menerajui projek itu, juga ingin melihat WGS seperti Kebun Bunga Singapura yang memperlihat pelbagai persembahan pada hujung minggu.



"Saya harap WGS menjadi pusat yang akan dimiliki setiap anggota masyarakat kita.



"Kejayaannya bergantung langsung kepada anggota masyarakat kita yang mempunyai keupayaan menjayakannya.



"Saya harap ia bergerak sebagai pusat yang akan menjadi nadi utama masyarakat Melayu Islam kita, menjadi satu tarikan bukan sahaja untuk masyarakat kita malah masyarakat bukan Islam Singapura dan juga para pelancong.



"Jika seseorang yang baru datang ke Singapura dan bertanya apa yang menarik tentang Singapura, salah satu tarikan ialah pergi ke WGS.



"Inilah visi kita. Saya harap kita dapat menjayakan visi ini dengan kerjasama dan sambutan masyarakat kita," kata Dr Maliki dalam satu interviu dengan Berita Harian.



Projek WGS diumumkan Perdana Menteri beberapa tahun lalu dalam Rapat Hari Kebangsaan. Tempoh pajakan bagi projek Kampung Melayu Geylang Serai sudah berakhir dan Perdana Menteri mahu Geylang Serai diberi nafas baru.



Dr Maliki menjelaskan bahawa projek WGS merupakan projek bangunan sivik, berlainan daripada Kampung Melayu Geylang Serai yang merupakan projek komersial.



Sebagai pusat sivik, beberapa kemudahan dan khidmat sosial dan kemasyarakatan khusus untuk masyarakat Melayu Islam dan juga bukan Islam akan ditawarkan.



"Di bawah projek ini, kami mempunyai visi mengadakan satu pusat yang boleh dikatakan nadi masyarakat Melayu, menjadi satu yang dapat dikongsi oleh masyarakat kita.



"Kami harap WGS menjadi tempat kunjungan bagi masyarakat Melayu Islam dan bukan Melayu Islam yang ingin memahami lebih lanjut dan mendalam tentang ciri-ciri kehidupan budaya masyarakat Melayu," jelas beliau.



Beliau membayangkan bahawa pada setiap hujung minggu, ada kumpulan membuat persembahan budaya atau hiburan, sama ada dikir barat, tarian malah boria dan persembahan budaya lama yang boleh dibawa kembali untuk ditonjolkan kepada khalayak ramai supaya memeriahkan lagi suasana di kawasan itu.



Melahirkan harapan WGS akan menjadi satu pusat tarikan yang agak berlainan daripada dahulu, beliau berkata "kita sudah mempunyai pusat tarikan seperti Pasar Geylang yang menjadi tarikan unik yang memenuhi keperluan masyarakat".



Bangunan WGS akan menambah tarikan semula jadi ke situ - ke pasar dan menikmati keunikan budaya dan kehidupan masyarakat Melayu Islam - satu suasana yang menjadi nadi masyarakat.



Sama ada WGS akan berjaya atau tidak bergantung kepada sambutan yang diberikan oleh masyarakat kelak.



"Ia bukan tanggungjawab jawatankuasa atau pegawai sahaja, malah kita bersama.



"Konsep WGS ialah ia harus berasa dimiliki oleh masyarakat kita, dan ini bermakna kita bertanggungjawab memajukan dan menjayakan WGS," kata Dr Maliki.



Beliau mengundang mereka yang ingin menjayakan WGS tampil memberi rancangan dan cadangan mereka. Ini termasuk pereka fesyen muda, peminat seni percussionist dan fotografi atau siapa sahaja yang ingin menyemarakkan seni dan mengembangkan bakat ke WGS.



Kumpulan yang ingin menyemarakkan WGS diundang memberi saranan jika mereka mahu mengadakan persembahan.



"Dengan ini diharap lebih ramai akan ke sana untuk menjayakan WGS," kata beliau.




"Saya harap WGS menjadi pusat yang akan dimiliki setiap anggota masyarakat kita. Kejayaannya bergantung langsung kepada anggota masyarakat kita yang mempunyai keupayaan menjayakannya. Saya harap ia bergerak sebagai pusat yang akan menjadi nadi utama masyarakat Melayu Islam kita, menjadi satu tarikan bukan sahaja untuk masyarakat kita malah masyarakat bukan Islam Singapura dan juga para pelancong."
– Dr Mohamad Maliki Osman mengenai visi menghidupkan Wisma Geylang Serai.



"Kita tidak mahu ia hanya untuk golongan tertentu sahaja. Kita mahu pastikan setiap lapisan masyarakat berasa bahawa terdapat ruang di WGS yang memenuhi cita rasa mereka."
– Dr Mohamad Maliki Osman mengenai penglibatan semua lapisan masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >