Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maliki sahkan hubungan erat SG-Saudi dalam lawatan kerja

Oct 29, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman, bertemu Menteri Negara (Ehwal Luar) Arab Saudi, Encik Adel Al Jubeir, sempena lawatan kerja empat hari beliau ke negara itu, mulai Isnin lalu.



Dalam pertemuan itu, mereka mengesahkan hubungan dua hala amat baik antara Singapura dan Arab Saudi, di samping bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan di rantau itu, termasuk proses keamanan Timur Tengah.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Pendidikan, turut menemui Menteri Pendidikan, Dr Hamad Al Sheikh.



Mereka bersetuju Singapura dan Arab Saudi boleh meningkatkan kerjasama pendidikan, termasuk menerusi lebih banyak pertukaran antara institut pengajian tinggi.



Dr Maliki juga mengadakan pertemuan berasingan dengan Menteri Pelaburan, Encik Khalid Al Falih, dan Menteri Pengangkutan dan Khidmat Logistik, Encik Saleh Al Jasser.



Mereka mengesahkan lagi hasrat kedua-dua pihak mengeratkan hubungan ekonomi dalam bidang seperti pengurusan pelabuhan dan lapangan terbang.



Mereka juga menanti penuh harapan mesyuarat sulung Jawatankuasa Bersama Saudi-Singapura akhir tahun ini.



Selain itu, Dr Maliki menyertai satu acara jamuan tengah hari bersama Pengerusi Pusat Raja Faisal bagi Penyelidikan dan Pengajian Islam, Putera Turki Al Faisal.



Mereka bertukar-tukar pandangan secara meluas mengenai perkembangan sejagat dan serantau.



Semasa di Arab Saudi, Dr Maliki juga menyertai sebuah perbincangan panel mengenai penciptaan pekerjaan dari sudut pandangan makroekonomi , sempena persidangan 'Inisiatif Pelaburan Masa Depan' kelima.



Dr Maliki berkongsi pendekatan tiga pihak Singapura bagi membangunkan potensi dan modal insan secara menyeluruh.



Selain itu, Dr Maliki bertemu pelajar Singapura yang belajar di Riyadh untuk lebih memahami keadaan mereka di Arab Saudi serta melawat Universiti King Saud.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >