IBUNYA bertungkus-lumus membesarkan beliau serta adik lelaki sebagai ibu dan pencari nafkah tunggal keluarga sejak mereka kecil lagi.
Oleh sebab itu, Encik Muhammad Jazli Jumain percaya kini sudah tiba masa ibunya, Cik Jamilah Ali, 59 tahun, berhenti kerja dan berehat, memandangkan beliau lulus dengan cemerlang dari universiti dan berjaya mendapatkan pekerjaan baik dalam sektor awam.