DAHULU beliau sering terperap di rumah kerana sakit kaki dan tidak mampu berjalan jauh.
Namun sejak mengikuti pelbagai kegiatan di Pusat Khidmat Warga Emas Thye Hua Kwan di Taman Jurong sekitar empat tahun lalu, Cik Sarah Senin, 64 tahun, bukan sahaja mempunyai ramai kawan, malah dapat juga mengasah minda dan meraih pelbagai manfaat kesihatan.