SEBULAN lalu, tidak terlintas dalam fikiran Encik Zailani Idris bahawa beliau akan mampu beraya ke kampung halaman di Negeri Sembilan setelah keretanya dicuri di Johor Bahru.
Namun, disebabkan tindakan pantas polis Johor memberkas anggota kumpulan sindiket curi kereta yang dikenali sebagai Geng Metro, Encik Zailani kini dapat menyambut Hari Raya dengan kereta Toyota Estimanya itu dan fikiran yang tenang.