Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mangsa kerugian $17.6j dek penipuan pekerjaan

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



SEKURANG-KURANGNYA 1,013 orang alami kerugian lebih $17.6 juta pada 2023, selepas menjadi mangsa penipuan pekerjaan.



Ini berlaku setelah mereka diberi komisen kecil untuk melengkapkan tinjauan mudah sebelum ditawarkan pekerjaan palsu oleh penipu.



Pihak polis memberi amaran pada Rabu mengenai varian penipuan pekerjaan di mana mangsa akan menerima mesej di WhatsApp atau Telegram yang meminta mereka menyertai tinjauan atau penyelidikan pasaran dan untuk menjawab beberapa soalan.



Soalan-soalan itu biasanya mengenai wadah penghantaran makanan, pelancongan, atau acara dan pesta.



Apabila mangsa melengkapkan tinjauan, mereka akan menerima komisen yang kecil.



"Selepas mangsa yakin bahawa mereka boleh dapat komisen, penipu akan memberikan satu lagi kenalan WhatsApp atau Telegram kepada mangsa, mencadangkan bahawa mangsa boleh menghubungi kenalan itu untuk mendapatkan pekerjaan yang memuaskan," kata polis.



Penipu kemudian akan meminta mangsa membantu "meningkatkan" nilai mata wang kripto atau memberi nilai aplikasi untuk perbaiki kedudukan mereka di stor aplikasi dalam talian.



Mangsa-mangsa diarahkan untuk mereka akaun di laman web penipuan untuk melaksanakan tugas-tugas ini dan memindahkan wang ke akaun bank yang disediakan oleh penipu.



"Mangsa akan sedar bahawa mereka ditipu apabila mereka gagal mengeluarkan komisen mereka atau apabila penipu tidak dapat dihubungi," kata polis.



Akbar The Straits Times melaporkan mengenai muslihat yang sama di mana penipu, yang menyamar sebagai ejen hartanah, telah membayar pengguna media sosial untuk memuat naik senarai sewa palsu untuk mereka di laman seperti Facebook dan Carousell.



Seorang penipu didakwa membayar $50 kepada setiap pengguna yang mengongsi senarai itu pada akaun peribadi mereka supaya iklan senarai itu akan kelihatan lebih benar.



Seorang pelajar berusia 22 tahun berkata dia ditipu untuk berbuat demikian apabila terserempak dengan penyenaraian pekerjaan pada Carousell untuk "eksekutif pemasaran digital".



Polis menasihati orang ramai supaya memuat turun aplikasi ScamShield dan menetapkan ciri-ciri keselamatan termasuk membolehkan pengesahan dua faktor bagi akaun bank, media sosial dan SingPass mereka.



Had ke atas urus niaga perbankan Internet, seperti melalui PayNow, juga harus ditetapkan.



Orang ramai harus memeriksa tanda-tanda penipuan melalui sumber-sumber rasmi, seperti laman www.scamalert.sg atau talian anti penipuan di 1800-722-6688.



"Jangan terima tawaran pekerjaan yang meragukan dan menawarkan pulangan lumayan bagi usaha yang minimum," kata polis.



Mereka yang mempunyai maklumat mengenai jenayah sedemikian boleh menelefon talian polis 1800-255-0000 atau menghantar secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >