GARA-GARA ingin cepat kerana tidak mahu terlambat ke majlis cukur rambut cucu pertamanya, Encik Aziz Dolah, 59 tahun, kini lumpuh dari paras dada ke bawah akibat satu kemalangan jalan raya.
Meskipun datuk empat cucu yang sebelum ini aktif bergiat dalam pelbagai sukan itu berasa kesal, beliau lega kerana akhirnya dapat menutup tirai episod hitam dalam hidupnya itu.