Mangsa nahas yang cetus rusuhan Little India tidak dikasari

Ervina Mohd Jamil

MANGSA nahas jalan raya yang mencetuskan rusuhan di Little India Disember lalu tidak ditolak atau diperlakukan dengan kasar, seperti yang didakwa beberapa pihak sebelum ini.

Demikian bukti rakaman video yang ditayangkan pada hari pertama perbicaraan Jawatankuasa Siasatan (COI) mengenai rusuhan tersebut di Mahkamah Rendah pagi tadi.

Sebaliknya, Sakthivel Kumaravelu, 33 tahun, seorang warga India, turun dari bas itu secara sendiri selepas diarah seorang lagi pekerja asing dan penjaga masa bas tersebut, Cik Wong Geck Woon.

Mendiang diminta turun selepas beliau membuka seluar bermudanya dalam bas.

Membentangkan hujah pembukaannya, peguam negara kanan, Encik David Khoo, berkata video klip itu menunjukkan mendiang turun dari bas tanpa berlaku sebarang insiden, sekaligus menolak dakwaan beliau ditolak atau dicampak keluar.

Beberapa saksi dijangka memberi keterangan sepanjang COI ini termasuk Cik Wong, seorang saintis forensik, beberapa warga asing, badan bukan pemerintah (NGO) serta para pegawai polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang memberi respons pertama semasa kejadian itu berlaku.

Menurut Encik Khoo, seramai 117 saksi akan memberi keterangan dalam COI ini, dan saksi tambahan akan dipanggil jika perlu.

 

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.