Mantan Anggota Parlimen Ariff Suradi meninggal dunia

MANTAN anggota parlimen Parti Tindakan Raykat (PAP) Haji Mohamed Ariff Suradi meninggal dunia pagi tadi di Hospital Besar Singapura pada usia 84 tahun.

Beliau meninggalkan lima orang anak, 16 cucu dan dua cicit.

Allahyarham Haji Mohamed Ariff merupakan generasi pertama pemimpin Melayu PAP yang mencipta sejarah dalam Pilihan Raya Umum 1963 apabila beliau memenangi kawasan undi Kampong Kembangan, ketika itu kubu kuat parti Umno Singapura.

Haji Mohamed Ariff memenangi pilihan raya bagi kawasan undi Kampong Kembangan pada 1968 dan 1972.

Allahyarham merupakan pemimpin kesatuan sekerja sebelum menceburi bidang politik.

Beliau mendapat pendidikan Melayu di Sekolah Tanglin Tinggi dan Kota Raja; berpendidikan Inggeris di sekolah Inggeris di Monks's Hill dan Victoria.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.