Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan AP PAP Chor Yeok Eng meninggal

Jul 22, 2016 | 09:39 AM



SEORANG tokoh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang juga mantan Anggota Parlimen (AP) Bukit Timah, Encik Chor Yeok Eng, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura (SGH) pada Khamis (21 Jul), hanya beberapa hari sebelum pelancaran buku mengenai kerjaya politik beliau yang panjang.



Mendiang berumur 86 tahun.



Encik Chor disahkan menghidap anemia aplasia (sejenis penyakit sumsum tulang) teruk setahun lalu dan dimasukkan ke hospital pada 27 Mei.



Buku itu, bertajuk Chor Yeok Eng's 60 Years In Politics (60 Tahun Chor Yeok Eng Dalam Politik), diterbitkan oleh Persatuan Char Yong (Dabu) dan termasuk ucapan beliau serta keratan akhbar peristiwa politik utama yang beliau terlibat.



Menteri Negara (Kesihatan), Encik Lam Pin Min, telah dijemput untuk melancarkannya di bangunan persatuan suku itu di Geylang pada 2 Ogos.



Mendiang meninggalkan dua anak perempuan, dua anak lelaki, tiga cucu dan dua cicit.



Beliau salah seorang daripada 43 calon PAP yang menang dalam Pilihan Raya Umum 1959, membolehkan parti itu membentuk pemerintah, dan diingati kerana kesetiaannya.



Encik Chor enggan menyertai Barisan Sosialis, yang dibentuk oleh wakil rakyat PAP yang meninggalkan parti itu pada 1961, walaupun ditawarkan rasuah $200,000.



Pemimpin berhaluan kiri, bagaimanapun, menafikan menawarkan beliau wang itu.



Mendiang kalah dalam Pilihan Raya Umum 1963 di Bukit Timah kepada calon Barisan, Encik Lee Tee Tong, tetapi memasuki semula Dewan melalui satu pilihan raya kecil pada 1966.



Beliau dipuji oleh Perdana Menteri Pengasas Lee Kuan Yew sebagai "salah seorang daripada rakan parti saya yang paling tua, paling teguh dan berani", apabila beliau bersara daripada politik pada 1984 sebagai setiausaha parlimen kanan (sekitaran).



Seorang mantan AP PAP, Encik Chiang Hai Ding, berkata: "Saya masih ingat PM Lee Kuan Yew ketika itu pernah berkata jika beliau terpaksa membawa seorang untuk berperang bersama beliau, beliau akan membawa Chor."



Persatuan itu berkata buku mendiang akan dilancarkan seperti dirancang, tetapi sebagai satu majlis penghormatan terakhir buat beliau.



Mayat Encik Chor berada di rumahnya di 158C, Jalan Jurong Kechil. Upacara pembakaran mayat pada Isnin ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >