Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mantan AP selesaikan tindakan saman tiga anggota persatuan suku

Jan 27, 2016 | 08:50 AM



SELEPAS perbicaraan lima hari di Mahkamah Tinggi, peguam yang juga mantan Anggota Parlimen, Encik Sin Boon Ann, telah menyelesaikan saman fitnahnya terhadap tiga bekas pegawai Persatuan Suku Tan Hainan.


Satu kenyataan bersama daripada empat pihak itu pada 20 Januari berkata tuntutan mahkamah tersebut timbul daripada "salah faham malang" mengenai apa yang Encik Sin memberitahu mereka bertiga pada mesyuarat makan tengah hari pada Jun 2013.


Encik Sin, 57 tahun, seorang penasihat kehormat persatuan itu, menyaman mereka kerana mendakwa beliau menyalahgunakan kedudukannya untuk mendesak abangnya, Encik Sin Boon Wah, supaya menjadi presiden persatuan tersebut.


Defendan ialah bekas presiden Tan Boon Hai, 74 tahun; presiden ketika itu, Tan Han Kwang, 82 tahun; dan bekas naib presiden Tan Khin Pang, 83 tahun.


Perbicaraan kes itu bermula pada 12 Januari. Rabu lepas, kedua-dua pihak mencapai penyelesaian.


Setiap pihak akan membayar kos masing-masing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >